Waktu tu Aliexpress ni agak asing dengan Rakyat Malaysia. Mungkin kurang percaya dan tidak yakin dengan sistem menjadikan mereka yang berani untuk selangkah ke hadapan.
Aliexpress merupakan adik beradik ALI . Yang sulong Alibaba (ALIBABA GROUP). Aliexpress mungkin yang kedua bagi platform luar negara. Adik beradik lain antaranya Taobao dan Tmall dan Juhuasuan dan eTao. Dan Aliexpress ini telah dilancarkan pada 2010.
Apa pun semuanya platform untuk membeli. Perbezaannya mungkin dari segi cara membeli.
Di Aliexpress, target utama adalah market luar negara. Barang dari dalam China untuk diexport keluar melalui platform ini. Dan ia memang mendapat sambutan.
Dan saya berani katakan, ia memulakan era pembelian secara besar-besaran secara Online dan pencetus fenomena Shopping Online dikalangan penjual ketika itu.
Tidak hairanlah kalau gabungan Aliexpress dan Alibaba boleh menceceah jualan 1.1 TRILION RMB pada 2012.
Sebenarnya banyak lagi anak syarikat yang dipelori oleh ALIBABA Group ni.
Saya akan huraikan di entry seterusnya.