Sunday, September 13, 2015
Kelebihan dan Kekurangan Menggunakan Khidmat Guide
Seperti yang kita semua maklum, dengan adanya guide maka kos perjalanan kita akan meningkat, Itu merupakan mindset kita dan kebanyakkan pelancong bila melawat ke tempat orang.
Namun di sini mari kita kupas sedikit kelebihan dan kekurangan menggunakan Guide / Travel Agent / Pemandu Pelancong
Kekurangan / Keburukkan :
1. KOS Meningkat - Dengan menggunakan khidmat pemandu pelancong maka secara automatiknya kos perjalanan kita akan meningkat bagi membayar upah pemandu pelancong ini.
2. Waktu dan Jadual Perjalanan - Kadangkala, kita akan terikat dengan jadual yang diaturkan oleh pemandu pelancong ini dan kadangkala kita dapat membuatkan dia mengikut jadual perjalanan kita. Tak semua yang mewajibkan ikut jadual guide ini, namun ada kes yang mana pelancong terpaksa mengikut jadual yang telah diatur oleh guide ini tanpa mengambil kira keinginan dan kehendak kita dalam "makan angin"
3. Paksaan membeli di kedai-kedai yang tidak sepatutnya. Ada spesis guide yang mana ada udang di sebalik mee, yang mana mereka mendapat habuan jika membawa pelanggan ke kedai mereka atau lebih dikenali sebagai komisen. Ini menyebabkan wujud tekanan dalam kita melancong yang mana objektif asalnya adalah untuk menghilangkan stress.
Kelebihan dan Kehebatan :
1. Pengetahuan tentang tempat lawatan - Tidak dinafikan guide ini mahir dalam selok belok tempat yang dilawati membolehkan mereka memberikan khidmat yang terbaik dalam perkhidmatannya. Perancangan dalam lawatan menjadi lebih tepat dengan pengetahuan tempat lawatan.
2. Boleh mendengar info mengenai tempat lawatan dengan lebih tepat - Sememangnya pada masa kini internet memainkan peranan penting dalam penyebaran maklumat. Boleh dikatakan hampir 100% maklumat yang diperolehi sebelum lawatan datang dari bacaan internet sama ada dari blog pengalaman dan sebagainya. Namun tidak semua maklumat yang dibaca boleh difahami dengan jelas dan praktikal. Oleh itu dengan adanya guide ini maka maklumat boleh disampaikan dengan jelas dan real time semasa perjalanan.
3. Bertanya soalan tentang keadaan sekeliling - Point dia hampir sama dengan yang atas. Jadi kita boleh terus bertanya jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai persekitaran kita. Contohnya kita melalui jalan yang penuh dengan orang, namun kita tidak tahu tempat dan acara apa yang sedang berlangsung.
4. Kebolehan Berbahasa Asing - Jika kita melawat negara China, mungkin tidak semua yang boleh menguasai bahasa ini. Maka sebarang pertanyaan sama ada ketika membeli atau melawat boleh diterjemahkan oleh guide ini.
5. Menjimatkan masa perjalanan - Bagi satu tempat yang asing, kita kadang-kadang mengambil masa untuk memahiami jalan-jalan dan laluan bagi sampai ke suatu destinasi. Kadangkala kita tersesat dalam mencari. Oleh itu bagi menjimatkan masa perjalanan terutamanya mereka yang mempunyai masa yang sedikit di sesetengah tempat yang dilawati eloklah jika mengambil kemudahan Guide ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)