Sunday, May 17, 2015

Pengalaman Menaiki Kereta Api dari Shenzhen ke Yiwu Solo Part 1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pada 2013 bermula satu perjalanan backpacker merentas Guangdong menuju Zhejiang. Tarikh 3/12/2013 aku menjejak kaki ke Guangzhou. Pada masa ni, China dah tak berapa asing bagi aku, kerana ini kali ke 5 ak travel ke China dan kali ke 3 travel secara solo.

Macam aku katakan dalam entry sebelum ni, China bukanlah satu negara yang berbahaya. Maaf kalau ak bandingkan dengan Malaysia, mungkin 10 kali ganda lebih selamat. Berbalik kepada cerita naik kereta api tadi, Jadi tiket kereta api aku telah minta tolong kawan ku yang juga merangkap rakan bisnes Lane untuk ambilkan. Tiket ni kene ambil awal kalau nk tempat duduk yang cantik dan boleh pilih jenis tempat duduk.

Kereta api yang bakal ak naik ini merupakan kereta api stendet KTM Malaysia yang ak pernah naik dari Tanah Merah ke Kuala Lipis. Cuma perbezaannya adalah dari segi tempat duduknya. Ada beberapa kategori atau jenis tempat duduk. Yang murah mestilah tak sedap duduk kan. Jadi untuk rujukkan tiket boleh rujuk link ni. <Tiket Keretapi China>


Jadi untuk train ke Yiwu, akan mengambil masa lebih kurang 15 jam. Kebiasaanya terlajak sampai 20 jam pun ada. Perjalanan aku setelah sampai di Guangzhou, aku stay di Hotel Clivia semalaman dan selesaikan mana2 urusan yang berkaitan dengan Guangzhou. Kemudian aku ambil tiket Subway ke Guangzhou South Railway Station iaitu Stesen kereta api laju (bullet train) untuk ke Shenzhen. Tiket Bullet Train ni time tu 88.30 Yuan. Bahagi 2 dengan duit kita dalam RM44.15.

Bullet Train dengan kelajuan 320 KMJ Max boleh sampai ke Shenzhen dalam masa 20 minit sahaja, dan jarak lebih kurang 150KM. Berbaloi jugak la. sebab menjimatkan masa. Kemudian dari Shenzhen Bei Railway Station, Aku naik subway plak ke Luohu tempat train kereta api untuk ke Yiwu. Kos subway dalam 6 yuan kalau tak silap.

<Bersambung ke entry seterusnya>

Friday, May 1, 2015

Apakah itu Visa China ~~ Perihal Visa ke China ~~




Apakah itu Visa China ?
Visa China adalah dokumen kebenaran perjalanan yang diperlukan oleh Kerajaan China jika ingin memasuki negaranya.

Di Mana saya boleh membuat Visa China ini ?
Anda boleh membuatnya di Kedutaan China di Negara Anda kalau di Malaysia, bangunannya terletak di Kuala Lumpur.

Siapa yang perlukan Visa China ini?
Kebiasaaanya, kebanyakkan pelancong luar yang berkunjung melawat China perlukan Visa tidak kira untuk bisnes atau melawat mahupun belajar.

Semua tempat di China perlukan Visa?
Ada beberapa tempat / bahagian di China yang tak perlukan Visa untuk masuk contohnya Hong Kong, Macau dan Pulau Hainan.

Kongsikan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Runner Uruskan Buatkan Visa China Template by Ipietoon Cute Blog Design