Thursday, December 31, 2015
Kemudahan Pick up dan Hantar Passport Visa China Terus ke Tangan Anda
Disebabkan banyak permintaan untuk pickup dan hantar terus ke tangan, maka kami boleh pickup dan hantar kembali kepada anda. Dan cas kami adalah seperti berikut :
Jarak dari Wangsa Maju (KM)
Boleh rujuk google map untuk melihat jarak.
1-10KM - RM20
11-20KM - RM30
21-40KM - RM45
40KM dan ke atas - Boleh gunakan POSLAJU ke Alamat saya di Wangsa Maju.
Cas di atas adalah 4 kali perjalanan saya.
1. Iaitu Ambil Passport dari Anda
2. Balik ke Rumah
3. Hantar Passport pada Anda
4. Balik ke Rumah
Ini adalah kos penghantaran sahaja, tidak termasuk upah runner buatkan VISA CHINA
Untuk Upah Visa China Boleh rujuk di SINI
Dan anda booleh juga hantarkan passport anda terus ke tangan saya sendiri di Wangsa Maju.
Jika hari bekerja boleh hantar terus ke Bangsar.
Sebarang pertanyaan boleh terus WhatsApp ke 013-7019068
Monday, December 28, 2015
Selingan Dari China, Barang Pertanian TDS EC - PH Meter - Soil PH Moisture
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Hari ni ada barang sampai dari China, Barang untuk pertanian. Bagi penggemar atau penggiat dalam pertanian boleh la beli kalau berminat hehe...
Antara barang yang baru sampai ialah :
1. TDS EC Temperature 3 in 1
2. Digital Pocket PH Meter
3. Soil Moisture PH and Light Meter
Harga InsyaALLAH terbaik dan stok tak banyak.

Sunday, December 27, 2015
Visa ke China Bulan Disember 2015 ~~ Bulan yang Sibuk ~~ Terima Kasih Daun Keladi
Terima kasih kepada mereka yang sudi menggunakan khidmat kami dalam memudahkan anda membuat visa.
InsyaALLAH cas yang berpatutan dan servis yang mantap dari kami.
Tempahan / Sewa Bas di Guangzhou , China
Kali ini saya akan menulis mengenai penempahan @ sewa bas di Guangzhou.
Bagi menempah Bas, kita diberi pilihan Saiz Bas mengikut jumlah rombongan.
Maksimum Bas paling besar ialah 52 penumpang / Seated.
Kemudian ada yang saiz 39 penumpang / seated
dan ada yang saiz 33 penumpang / seated.
Bagi mereka yang jumlah rombongan tak sampai 22 orang, bolehlah memilih Bas seakan Bas Mini atau boleh memilih untuk menyewa Coaster (Gambar di atas) dengan kapasiti 21 tempat duduk.
Kadar Bayaran / Sewa Bas adalah seperti berikut (tidak termasuk guide):
Kos bayaran ini Tidak Termasuk Dengan Transfer/Ambil dari Airport
Untuk ambil/pickup dari Airport Kos Sehala adalah sebanyak
Perlu diingatkan, bagi rombongan yang ramai, perkara yang selalu terlepas pandang ialah BAGASI peserta rombongan. Kalau ambil cukup2 dan dengan bagasi /beg yang besar2 kemungkinan terpakasa menyewa van/bas lain untuk angkut.
** Bayaran untuk tempahan bas dibuat/dijelaskan di Guangzhou
** Tidak perlu deposit , cuma perlu jujur semasa membuat tempahan
Untuk kos sewa ke tempat lain seperti FOSHAN, SHENZHEN saya akan buat pada entry lain.

- Bas King Long 52 penumpang - RM1500/sehari
- Bas King Long 39 Penumpang - RM1350/sehari
- Bas King Long 33 Penumpang - RM1200 Sehari
- Coaster 21 Penumpang - RM1050/sehari
Kos bayaran ini Tidak Termasuk Dengan Transfer/Ambil dari Airport
Untuk ambil/pickup dari Airport Kos Sehala adalah sebanyak
- Bas King Long 52 penumpang - RM700/sehala
- Bas King Long 39 Penumpang - RM650/sehala
- Bas King Long 33 Penumpang - RM600/sehala
- Coaster 21 Penumpang - RM600
Perlu diingatkan, bagi rombongan yang ramai, perkara yang selalu terlepas pandang ialah BAGASI peserta rombongan. Kalau ambil cukup2 dan dengan bagasi /beg yang besar2 kemungkinan terpakasa menyewa van/bas lain untuk angkut.
Bagi membuat tempahan BAS di Guangzhou
Boleh Whatsapp saya di 013-7019068
** Bayaran untuk tempahan bas dibuat/dijelaskan di Guangzhou
** Tidak perlu deposit , cuma perlu jujur semasa membuat tempahan
Untuk kos sewa ke tempat lain seperti FOSHAN, SHENZHEN saya akan buat pada entry lain.
Perkhidmatan Penghantaran Barang dari China ke Malaysia.
Bagi mereka yang ingin menghantar barang yang dibeli dari China ke Malaysia, kami ada menyediakan perkhidmatan tersebut.
Kami bahagikan kepada 2 iaitu :
1. Udara
2. Laut
------------------------
UDARA
1. Penghantaran melalui udara adalah cepat
2. Jangka masa 4-9 hari (bergantung kepada bahan)
3. Boleh hantar barang sensitif (Bateri, Lighter, Pokok, Benih, Gincu, Vitamin, Ubat dan lain2 lagi)
4. Kos Penghantaran yang efektif dan tidak membebankan.
5. Kos adalah seperti berikut (Bagi tahun 2015-Semenanjung)
- 1 KG = RM20 (bagi barang biasa)
- 1 KG = RM30 (bagi barang sensitif)
LAUT
1. Penghantaran melalui laut sedikit lambat berbanding udara
2. Jangka masa 20-30 hari (bergantung kepada trip kapal)
3. Boleh hantar barang sensitif
4. Kos penghantaran jauh lebih murah berbanding UDARA
5. Kos adalah dikira dalam CBM (Cubic Meter @ 1 Meter (tinggi) x 1 meter (lebar) x 1 meter (panjang)
6. Kiraan kos penghantaran adalah seperti berikut
- 0.1-0.3 CBM (RM210) dan Penambahan selepas itu RM65 setiap 0.1 CBM
- 1 CBM (RM460)
Tuesday, December 15, 2015
Musim Sejuk di Guangzhou ~ Rombongan 51 Orang ~~
Musim sejuk di China hingga mencecah paras bawah 0 darjah celcius di sesetengah tempat.
Di Guangzhou, suhu waktu saya pergi bawak rombongan mencecah 10 Darjah Celcius.
Ditambah dengan hari hujan. Makin sejuk la.
Jadi pergerakkan sedikit terbatas kalau bawa warga emas. Namun rombongan kami tetap lancar walaupun ramai yang kategori vateran.
Apa pun Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.
Pada yang ingin merancang rombongan ke Guangzhou dengan pakej yang menarik dan harga berpatutan boleh WhatsApp ke nombor saya 013-7019068
Tuesday, December 8, 2015
Bersama Ke Guangzhou - Trip Disember 2015
Trip Terbaru untuk Disember 2015
Lawatan Kelab Keluarga SMK Tun Telanai
Part 1
Ini adalah lawatan berkumpulan yang dibawa saya bersama kawan ke Guangzhou China pada Disember 2015 ( 3-8 Disember 2015).
Lawatan in disertai seramai 50 orang dari Terengganu dengan 4 orang kanak-kanak.
Kos lawatan ini adalah RM1500 seorang bagi dewasa dan RM1000 bagi kanak2 yang berumur 2 tahun kebawah.
Alhamdulillah segala perancangan berjalan dengan lancar. Dan saya akan tulis pengalaman bawa group ini dengan detail pada next entry.
Perihal dan Peringatan mengenai Guide @ Travel Agent Part 2
Guide @ Travel Agent Part 2
Soalan : Ada tak travel agen yang menipu?
Jawapan : Ada dan memang ada yang menipu
Soalan : Biasanya tipu apa?
Jawapan :
1. Tipu dengan bawa kita ke tempat yang memberi komisen pada mereka.
2. Tipu dengan jadual
3. Tipu dengan kualiti servis
Soalan : Macam mana yang dikatakan menipu dengan bawa ke tempat yang memberi komisen kepada mereka?
Jawapan :Contohnya mereka akan bawa ke tempat Jade, tempat jual gingseng, tempat jual emas permata di Guangzhou. Sedangkan tempat tu tak memberi manfaat pada kita
Soalan : Cara mengelakkan dari tertipu agent ini?
Jawapan :
1. Cuba elakkan ambik guide chinese yang upahnya walaupun murah tapi tak memuaskan hati.
2. Bertegas dengan Guide tersebut
Perihal dan Peringatan mengenai Guide @ Travel Agent Part 1
Perlukan Guide / Travel Agent @ Agen Pelancongan semasa di Guangzhou atau Shenzhen ?
Soalan : Kenapa perlukan agen ?
1. Untuk memudahkan dan melancarkan perjalanan ketika tiba dan pulang dari Guanghzou
2. Untuk menyelesaikan masalah komunikasi antara pembeli dan penjual
3. Bagi mengenal tempat-tempat menarik dan murah kalau nak membeli
4. Mengelakkan dari membuang masa kalau2 trip kita singkat
Soalan : Berapa cas.kos Guide (travel Agent) di Guangzhou
Jawapan : Mengikut bilangan perserta rombongan, kebiasaanya bermula dari 400RMB sehari sehingga 800RMB sehari.
Soalan : Cas kira hari ke?
Jawapan : Ya, kerana ramai salah faham ingatkan cas 400RMB tu sepanjang lawatan.
Salan : Guide ni Melayu ke?
Jawapan : Ada ramai Guide Melayu di Guangzhou
Soalan : Boleh bagi contact mereka tak?
Jawapan : Boleh, sila wassup ke nombor saya 013-7019068
Soalan : Guide ni fasih cakap Chinese ke?
Jawapan : Kebanyakkan Guide kalau stay di Guangzhou fasih berbahasa China kerana mereka kebiasaanya adalah bekas student universiti di China.
Monday, November 30, 2015
Kemudahan Buat Visa China Rakyat Malaysia
PANTAI BARAT, SELATAN & UTARA SEMENANJUNG
SABAH DAN SARAWAK
-----------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------------
Saya menyediakan perkhidmatan membuat visa china dengan harga upah yang sangat berpatutan dan boleh menguruskan borang-borang yang diperlukan untuk dihantar ke kedutaan.
Kos yang tinggi jika anda bukan dari Negeri Selangor kerana pejabat kedutaan China hanya ada di situ jer.
Jadi kos pengangkutan, makan minum, letih drive, dan sangkut dalam jem sepatutnya tidak
terjadi jika anda memilih pihak kami untuk membuat monolong anda menyiapkan visa China ini.
Kos untuk menyiapkan visa ini bergantung kepada anda.
----------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Jika anda menghantar PASSPORT SAHAJA kepada kami, maka kami perlu mengisi borangnya. berserta penginapan + tiket flight + fotostat passport + kos pos kembali + UPAH HANTAR&AMBIL
Jadi pengiraan KOS NYA adalah seperti berikut :
----------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Jika hantar siap dengan dokumen. Cuma perlu hantar ke kedutaan sahaja :
Jika satu passport sahaja (SINGLE ENTRY) :
RM88.30 + RM7 (pos) + RM60 (UPAH HANTAR&AMBIL)
KOS Jika 2-5 unit passport (setiap unit)
RM88.30 + RM7 (pos) + RM50(UPAH HANTAR&AMBIL)
KOS Jika 6-10 unit passport (setiap unit)
RM88.30 + RM7 (pos) + RM35(UPAH HANTAR&AMBIL)
KOS Jika 11-30 unit passport (setiap unit)
RM88.30 + RM7 (pos) + RM20 (UPAH HANTAR&AMBIL)
KOS Jika 31-50 unit passport (setiap unit)
RM88.30 + RM7 (pos) + RM10 (UPAH HANTAR&AMBIL)
* Sabah Sarawak pos RM10
* Sabah Sarawak pos RM10
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Jika SATU PASSPORT sahaja
RM88.30 + RM15(upah isi borang) + RM15 (upah tempah & print penginapan) +
RM2 (print tiket flight) + RM1 (fotostat IC) + RM7 (pos) + RM50 (UPAH HANTAR&AMBIL)
----------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------------
KOS Jika 2-5 unit passport (setiap unit)
RM88.30 + RM15(upah isi borang) + RM10 (upah tempah & print penginapan) +
RM2 (print tiket flight) + RM1 (fotostat IC) + RM7 (pos) + RM30 (UPAH HANTAR&AMBIL)
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
KOS Jika 6-10 unit passport (setiap unit)
RM88.30 + RM15(upah isi borang) + RM10 (upah tempah & print penginapan) +
RM2 (print tiket flight) + RM1 (fotostat IC) + RM7 (pos) + RM25 (UPAH HANTAR&AMBIL)
----------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------------
KOS Jika 11-30 unit passport (setiap unit)
RM88.30 + RM12(upah isi borang) + RM8 (upah tempah & print penginapan) +
RM2 (print tiket flight) + RM1 (fotostat IC) + RM7 (pos) + RM15 (UPAH HANTAR&AMBIL)
----------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------------
KOS Jika 31-50 unit passport (setiap unit)
RM88.30 + RM10(upah isi borang) + RM5 (upah tempah & print penginapan) +
RM2 (print tiket flight) + RM1 (fotostat IC) + RM7 (pos) + RM15 (UPAH HANTAR&AMBIL)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

KAMI RUNNER BERPENGALAMAN MENGURUSKAN VISA
Mana2 yang berminat boleh Whatsapp ke : o13 -70I9o68
Mana2 yang berminat boleh Whatsapp ke : o13 -70I9o68
Buat Visa Guangzhou / China Orang Terengganu @ Pantai Timur
Warga Terengganu yang ingin ke China tapi mempunyai masalah untuk membuat VISA China?
Nak pergi Beijing? Guangzhou? Shanghai? Yiwu? Guilin? Shenzhen? Kunming?
ke mana2 saja di China anda pasti perlukan VISA.
Soalan : Di mana buat VISA China?
Jawapan : Di KL
Soalan : KL kat mana?
Jawapan : Di Kedutaan China
Soalan : Kat mana pejabatnya?
Jawapan : Hampshire Place Office
(peta kat bawah)
Soalan : Berapa lama boleh siap?
Jawapan : Paling lama 4 hari
Soalan : Paling cepat berapa hari?
Jawapan : Sehari siap
Soalan : Visa China ni percuma ke?
Jawapan : Berbayar. Paling Murah RM88.30 siap dalam masa 4 hari bekerja
Soalan : Kalau nak Visa China ni siap cepat boleh?
Jawapan : Boleh tapi sangat mahal (bagi rakyat marhein mcm saya)
Senarai harga mengikut kecepatan siap dan kekerapan masuk :
Soalan : Jadi apa yang dimasukkan dengan kekerapan masuk (entry)
Jawapan : Setiap kali masuk ke China kecuali Hongkong, ia dikira 1 entry, dan jika anda keluar dari China dan nak masuk kembali, anda perlu entry yang baru yakni kene buat visa baru.
Soalan : Jadi macam mana kalau nak masuk banyak kali tapi nak buat visa sekali jer.
Jawapan : Kene ambil yang banyak kali entry la. Harga pun lain la/
Soalan : Berapa harga kalau entry lebih dari sekali ?

Tuesday, November 10, 2015
Senarai semak apa yang patut ada untuk mohon VISA CHINA
Apa yang perlu WAJIB semasa menghantar VISA ke Kedutaan?
1. PASSPORT
2. GAMBAR (LATAR BELAKANG CERAH)
3. SALINAN FOTOSTAT PASSPORT
4. TEMPAHAN KAPAL TERBANG
5. TEMPAHAN HOTEL
Pastikan anda cukupkan dokumen dan apa yang diperlukan sebelum anda menghantarnya kepada kami atau Kedutaan China
Sunday, October 18, 2015
Membeli dari Aliexpress, Apa yang ada perlu tahu?
Waktu tu Aliexpress ni agak asing dengan Rakyat Malaysia. Mungkin kurang percaya dan tidak yakin dengan sistem menjadikan mereka yang berani untuk selangkah ke hadapan.
Aliexpress merupakan adik beradik ALI . Yang sulong Alibaba (ALIBABA GROUP). Aliexpress mungkin yang kedua bagi platform luar negara. Adik beradik lain antaranya Taobao dan Tmall dan Juhuasuan dan eTao. Dan Aliexpress ini telah dilancarkan pada 2010.
Apa pun semuanya platform untuk membeli. Perbezaannya mungkin dari segi cara membeli.
Di Aliexpress, target utama adalah market luar negara. Barang dari dalam China untuk diexport keluar melalui platform ini. Dan ia memang mendapat sambutan.
Dan saya berani katakan, ia memulakan era pembelian secara besar-besaran secara Online dan pencetus fenomena Shopping Online dikalangan penjual ketika itu.
Tidak hairanlah kalau gabungan Aliexpress dan Alibaba boleh menceceah jualan 1.1 TRILION RMB pada 2012.
Sebenarnya banyak lagi anak syarikat yang dipelori oleh ALIBABA Group ni.
Saya akan huraikan di entry seterusnya.
Monday, October 12, 2015
Tempat Borong Menarik di Guangzhou
Tempat menarik untuk membeli dan memborong di Guangzhou
Antara tempat yang wajib dikunjungi pelancong bagi membeli ada seperti berikut :
1. Zhan Xi Lu
2. Onelink
3. Baiyun Leather
4. Nanfang Electronic Market
5. Da Sha Tou
6. Haiyin
Huraian mengenai tempat ini akan saya tulis dalam entry selepas ini.
Sunday, September 13, 2015
Kelebihan dan Kekurangan Menggunakan Khidmat Guide
Seperti yang kita semua maklum, dengan adanya guide maka kos perjalanan kita akan meningkat, Itu merupakan mindset kita dan kebanyakkan pelancong bila melawat ke tempat orang.
Namun di sini mari kita kupas sedikit kelebihan dan kekurangan menggunakan Guide / Travel Agent / Pemandu Pelancong
Kekurangan / Keburukkan :
1. KOS Meningkat - Dengan menggunakan khidmat pemandu pelancong maka secara automatiknya kos perjalanan kita akan meningkat bagi membayar upah pemandu pelancong ini.
2. Waktu dan Jadual Perjalanan - Kadangkala, kita akan terikat dengan jadual yang diaturkan oleh pemandu pelancong ini dan kadangkala kita dapat membuatkan dia mengikut jadual perjalanan kita. Tak semua yang mewajibkan ikut jadual guide ini, namun ada kes yang mana pelancong terpaksa mengikut jadual yang telah diatur oleh guide ini tanpa mengambil kira keinginan dan kehendak kita dalam "makan angin"
3. Paksaan membeli di kedai-kedai yang tidak sepatutnya. Ada spesis guide yang mana ada udang di sebalik mee, yang mana mereka mendapat habuan jika membawa pelanggan ke kedai mereka atau lebih dikenali sebagai komisen. Ini menyebabkan wujud tekanan dalam kita melancong yang mana objektif asalnya adalah untuk menghilangkan stress.
Kelebihan dan Kehebatan :
1. Pengetahuan tentang tempat lawatan - Tidak dinafikan guide ini mahir dalam selok belok tempat yang dilawati membolehkan mereka memberikan khidmat yang terbaik dalam perkhidmatannya. Perancangan dalam lawatan menjadi lebih tepat dengan pengetahuan tempat lawatan.
2. Boleh mendengar info mengenai tempat lawatan dengan lebih tepat - Sememangnya pada masa kini internet memainkan peranan penting dalam penyebaran maklumat. Boleh dikatakan hampir 100% maklumat yang diperolehi sebelum lawatan datang dari bacaan internet sama ada dari blog pengalaman dan sebagainya. Namun tidak semua maklumat yang dibaca boleh difahami dengan jelas dan praktikal. Oleh itu dengan adanya guide ini maka maklumat boleh disampaikan dengan jelas dan real time semasa perjalanan.
3. Bertanya soalan tentang keadaan sekeliling - Point dia hampir sama dengan yang atas. Jadi kita boleh terus bertanya jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai persekitaran kita. Contohnya kita melalui jalan yang penuh dengan orang, namun kita tidak tahu tempat dan acara apa yang sedang berlangsung.
4. Kebolehan Berbahasa Asing - Jika kita melawat negara China, mungkin tidak semua yang boleh menguasai bahasa ini. Maka sebarang pertanyaan sama ada ketika membeli atau melawat boleh diterjemahkan oleh guide ini.
5. Menjimatkan masa perjalanan - Bagi satu tempat yang asing, kita kadang-kadang mengambil masa untuk memahiami jalan-jalan dan laluan bagi sampai ke suatu destinasi. Kadangkala kita tersesat dalam mencari. Oleh itu bagi menjimatkan masa perjalanan terutamanya mereka yang mempunyai masa yang sedikit di sesetengah tempat yang dilawati eloklah jika mengambil kemudahan Guide ini.
Tuesday, June 9, 2015
Perlu Visa ke Macau ?
Dan anda boleh tinggal 30 hari di Macau tanpa perlu Visa. Passport wajib ada yer dan Valid 6 Bulan semasa tarikh pergi.
Berikut saya letakkan senarai negara yang tak perlukan visa untuk masuk ke Macau.
Bilangan Hari | Negara |
---|---|
30 Hari | Australia, Canada, Chile, India, Indonesia, Kiribati, Malaysia, Monaco, Namibia, New Zealand, Philippines, Samoa, Seychelles, Singapore, South Africa, Thailand, Turkey, the United States of America, Uruguay |
90 Hari | Andorra, Austria, Belgium, Bosnia and Herzegovina, Brazil, Bulgaria, Cape Verde, Croatia, Czech, Cyprus, Denmark, Dominica, Egypt, Estonia, Finland, France, Germany, Greece, Hungary, Iceland, Ireland, Israel, Italy, Japan, Latvia, Lebanon, Liechtenstein, Lithuania, Luxembourg, Macedonia, Mali, Malta, Mexico, Mongolia, Netherlands, Norway, Poland, Portugal, Romania, Slovak, Slovenia, South Korea, Spain, Sweden, Switzerland, Tanzania |
180 Hari | The United Kingdoms |
1 Tahun | Holders of ”Hong Kong Permanent Identity Card" or "Hong Kong SAR Re-entry Permit". (* Valid "Hong Kong Identity Card" holders are required to bring their valid passport or travel documents when they enter Macau.) |
Negara yang perlu ada visa sebelum memasuki Macau, China ialah sepeti berikut :
1. Bangladesh
2. Nepal
3. Nigeria
4. Pakistan
5. Sri Lanka
6. Vietnam
Sunday, May 17, 2015
Pengalaman Menaiki Kereta Api dari Shenzhen ke Yiwu Solo Part 1
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Pada 2013 bermula satu perjalanan backpacker merentas Guangdong menuju Zhejiang. Tarikh 3/12/2013 aku menjejak kaki ke Guangzhou. Pada masa ni, China dah tak berapa asing bagi aku, kerana ini kali ke 5 ak travel ke China dan kali ke 3 travel secara solo.
Macam aku katakan dalam entry sebelum ni, China bukanlah satu negara yang berbahaya. Maaf kalau ak bandingkan dengan Malaysia, mungkin 10 kali ganda lebih selamat. Berbalik kepada cerita naik kereta api tadi, Jadi tiket kereta api aku telah minta tolong kawan ku yang juga merangkap rakan bisnes Lane untuk ambilkan. Tiket ni kene ambil awal kalau nk tempat duduk yang cantik dan boleh pilih jenis tempat duduk.
Kereta api yang bakal ak naik ini merupakan kereta api stendet KTM Malaysia yang ak pernah naik dari Tanah Merah ke Kuala Lipis. Cuma perbezaannya adalah dari segi tempat duduknya. Ada beberapa kategori atau jenis tempat duduk. Yang murah mestilah tak sedap duduk kan. Jadi untuk rujukkan tiket boleh rujuk link ni. <Tiket Keretapi China>
Jadi untuk train ke Yiwu, akan mengambil masa lebih kurang 15 jam. Kebiasaanya terlajak sampai 20 jam pun ada. Perjalanan aku setelah sampai di Guangzhou, aku stay di Hotel Clivia semalaman dan selesaikan mana2 urusan yang berkaitan dengan Guangzhou. Kemudian aku ambil tiket Subway ke Guangzhou South Railway Station iaitu Stesen kereta api laju (bullet train) untuk ke Shenzhen. Tiket Bullet Train ni time tu 88.30 Yuan. Bahagi 2 dengan duit kita dalam RM44.15.
Bullet Train dengan kelajuan 320 KMJ Max boleh sampai ke Shenzhen dalam masa 20 minit sahaja, dan jarak lebih kurang 150KM. Berbaloi jugak la. sebab menjimatkan masa. Kemudian dari Shenzhen Bei Railway Station, Aku naik subway plak ke Luohu tempat train kereta api untuk ke Yiwu. Kos subway dalam 6 yuan kalau tak silap.
<Bersambung ke entry seterusnya>

Friday, May 1, 2015
Apakah itu Visa China ~~ Perihal Visa ke China ~~
Apakah itu Visa China ?
Visa China adalah dokumen kebenaran perjalanan yang diperlukan oleh Kerajaan China jika ingin memasuki negaranya.
Di Mana saya boleh membuat Visa China ini ?
Anda boleh membuatnya di Kedutaan China di Negara Anda kalau di Malaysia, bangunannya terletak di Kuala Lumpur.
Siapa yang perlukan Visa China ini?
Kebiasaaanya, kebanyakkan pelancong luar yang berkunjung melawat China perlukan Visa tidak kira untuk bisnes atau melawat mahupun belajar.
Semua tempat di China perlukan Visa?
Ada beberapa tempat / bahagian di China yang tak perlukan Visa untuk masuk contohnya Hong Kong, Macau dan Pulau Hainan.
Subscribe to:
Posts (Atom)